Nuffnang Ads

Wednesday, January 12, 2011

Dirty Cash

jangan salah paham pulak dengan ayat dalam gambar tu..xde kene mengena langsung..tapi bole kot amek ayat tu untuk entry yang aku nak tulis pasneh..tapi tuka 'her' kepada 'our,us'..sarkastik sket bunyinya



da lama x blog walking dekat blog blog orang..kalau yang aku da follow mesti da baca sebab keluar kat new update on blogger buzz (skemanya aku).. so, tadi aku ke blog ini dan baca entry ini  ..aku suke baca blog blog macam ni..atleast, terbukak juga minda aku pasal politik ( abaikan aku sokong parti mana, kau gile tegar sokong parti itu ini..xde kene mengena langsung), pasal masalah negara yang tak perna ditulis dalam mana mana paper (jangan rujuk pada paper parti..memang lah mereka kata mereka betul, parti lawan salah..mana ade manusia nak mengaku diri tu salah..salahkan orang lain ade la..rujuk pada diri aku jugak) ..



tau tak, dulu. (ni bercakap pasal dulu kala punya) ranting dalam malaysia, maksud aku tentang kehidupan rakyat malaysia..sape yang duduk paling atas?
 1) Cina
2) Melayu
3) India

jom tgk ape da jadi untuk masa sekarang--->

1) Cina
2) India
3) Melayu




oh mai mai mai mai mai .. see see .. aku tau ni pun sebab prof kakak aku yang bagitau..kalau tak, aku pun tak tahu DAN aku mungkin akan terus hanyuuuuttt (bukan lagu faizal tahir) ..kenapa india da naik? adakah sebab bangsa mereka da setaraf dengan cina? (kaum cina tak usah dipertikaikan..mereka memang dari dulu lagi gigih cari harta..bukan golongan pemalas) ..bukan..kebanyakan daripada mereka MASIH RAMAI lagi tinggal di estet..tapi, kalau diikutkan dari segi bangunan, aset2 di negara, kebanyakan telah dimonopoli oleh dua kaum teratas (bole kasi contoh , tgk je air asia ngan maxis, kaum mane pegang)



syukur melayu kite, malaysia masih lagi berpegang teguh dengan kite punya HAK..tapi sampai bile kite nak bergantung pada kerajaan? Uitm pun mereka da mintak nak masuk..mujur prof abu shah tu bangkang..kalau ikutkan politik...wallahualam.. matriks? MRSM? --> pk sendiri

dan apa yang mantot tulis tu semua betul..cuma negara kite agak terbatas bagi rakyat utk menyuarakan ketidakpuasan hati..kalau terasa lebih sket, ISA (adoi) .. sepupu aku still kerja di United Kingdom (UK, bukan Ulu Kelang) ..still taknak balik keje kat malaysia sebab ENVIRONMENT keje malaysia tak setaraf disana..kalau orang lain dengar mesti menyampah..tapi tidak bagi aku..sebab aku kenal sepupu aku tu jenis macamana..xsilap aku, mantot mungkin pernah tinggal di UK (rujuk pada entry2 beliau) ..pasal MRT tu cthnya..kadang kadang aku pun berasa kerajaan kite banyaaaak beri kemudahan kat kite..cuma perlaksanaan tu..masih kurang..so, kene la kaji lebih sket..ape guna buat project berjuta juta ringgit tapi service kurang.. 


balik pada keje ( disebabkan aku pun da abes belajar tapi still dok goyang goyang kaki x cari nafkah lagi), sentuh pasal professional workers tu,hmm..aku pun xberani komen..yang bole aku tulis ( sama macam blogger2 lain), cube panggil anakanda kamu pulang ke malaysia dan keje di malaysia..mungkin semua rakyat malaysia yang keje di luar malaysia akan berminat balik ke malaysia dan balas jasa negara..habis cite


untuk bangsa melayu...diri sendiri kene sedar diri..skang da macam macam kite dengar..asal yang negatif je mesti kaum kite T T sedih siot..nak2 kalau pelakunya sang lelaki(maaf..x blamekamu kamu..tapi KEBANYAKANNYA adalah kaum kamu)..rogol la, ragut la..macamana nak jadi pemimpin? tak payah pegi jauh..xkan bole pimpin negara kan?tu tak tercapai akalm la pulak.. nak pimpin keluarga tu yang penting..kalau utk perempuan pelacur la, bohsia la , buang anak (nauzubillah) ..marilah sama sama berubah kalian..da nak akhir zaman daa..DAN takkan kite nak tgk je mereka berjaya..kaum kite pon bole kan..contohila usaha gigih mereka :) --> tujukan utk diri aku dulu..tak tunding orang lain

baru je berangan nak keje korea ahahahhaah ( perasan kau !)

No comments:

Loading...