Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang disekelilingmu tersenyum Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang disekelilingmu menangis
-gile, aku nangis doo ingat mende yg buruk2 berlaku..terus tingat mak ayah aku di bilik sebelah :('
'dia xcinta aku am uhuuuuuuuuuuuuk tsssk'
-loh ! bole x nak sepak minah ni laju2 ? adoi..tapi sabar2..tengah sedey tu..rilex2 -
da lama tu br dia tenang and cite dr A sampai Z. okey-aku-da-paham-situasi- :)
skang tgh in-love ngan LOVE baru
and then mereka bercakap dalam beberapa jam *okey,adat baru nak kenal kan*
tetiba mamat ni cakap 'i sayang u,beri masa utk i cinta u'
terus letak phone and laju laju coll aku
*uhuk..dia xmemahami sebenarnya apa maksud mamat tu..okey :)*
macamni lah..
dalam situasi ni, aku xsalahkan dua2
semua betul
lelaki : tak semua lelaki bole mulakan sesuatu hubungan tu terus jatuh cinta..kan?
kadang2 mereka bermula dengan keadaan TERsuka
pastu lama2 dia kawan, TERsayang
and seterusnya akan jatuh cinta dengan sendiri..org cakap automatik
LAINLAH kalau memang that girl dia mmg suka plus sayang plus cinta dr awal
perempuan ? : kalau dia betul2 sukekan lelaki tu, dats mean dia memang sayang betul2, dan xsalah kalau nak tulis dia betul2 CINTAKAN lelaki tu.. betul tak?
so, sebab tu Tuhan jadikan adam dan hawa
hawan lengkapkan hidup adam
dan adam lengkapkan hidup hawa
hawa cover kelemahan adam dan adam cover kelemahan hawa
sebab tu terbit satu ayat (terbit?adakah sesuai ayat ni?watever :D) saling lengkap melengkapi
fuh..nak kate aku ade banyak pengalaman dalam cinta cinta ni
hmm..cube selongkar balik ceritera lama (dats mean bukan teringat okey ! hanya 1 rujukan utk girl friend yg sedang berduka lara dan merajuk *sweet :)* )
hah ! yg ni betul2 cinta sejati aku ( syukur sebab dia da nak kawen :D)
dan aku bole rasakan cinta itu memang ada dalam hati dia :)
TERsuka dengan aku time kami sama2 form 1..xbajet pon sebab jumpe selisih jalan setiap kali aku nak ke kelas taekwando and dia ke court utk basketball
okey *jual mahal* sebab aku ingat mmg dia pure cina *putih dia tu xtahan tskk kalah aku!*
memandangkan dia pon skloah cina, so aku anggap dia just nak main2..monkey love kan..
lagipun zaman aku dulu manala reti cinta2 niii *erk,org lain aku xtau*
jalani kehidupan biasa until kami sesama form 4
form 4 waktu berduka lara dimana ayah xkasi aku pegi ke sekolah asrama and keluarkan statement *kalau nak g jugak,tanggung sendiri*
dan super ex boyfriend tetiba menghilang *br terasa kehilangan :D*
time tu mana ade henpon2 niii ihik*
okey-pendekkan cite, dalam 3-4 bulan, satu hari bile mana aku berjalan nak ke skolah mama,tetiba beg aku ditarik *siot ! gile takut kot!*
da nak bukak silat taekwando tu *erk*, pegang tangan tgk si super ex boyfriend!
tak sempat dia nak cakap aku tetiba tanya 'awak ilang ke mana?' *wow ! muke dia bersinar haha*
so,citenya dia da masuk asrama penuh and waktu jumpe ngan aku,dia sebenarmya da lompat pagar..okey ! very nakal..dia cakap dia xleh idup dalam suasana asrama dan dia keluar dan dia bersekolah ditepi skolah aku *bole x nak ckp dia pilih skolah tu sbb dekat ngan skolah aku :)*
so, kami still biasa..bukan dating pon wpn skolah sebelah sebelah..until kami abes SPM,aku on ngan dia tanpa rasmi..so, bermula time birthday aku, selepas exam akaun*
5 tahun ngan dia..banyak kenangan..sanggup tolak tawaran ke jerman sebab aku
balik kb 2 minggu skali jenguk aku *sebab tu janji dia waktu aku dapat Uitm sabah*
dan..support segala keputusan aku
tegur aku..serius..kami xde masalah lgsg..hatta gangguan org ketiga wpn dia ade rupa..sebab aku percayakan dia..until detik perpisahan aku ngan dia sebab aku jumpe dia tgh dating ngan dis girl *alhamdulillah,akan jd isteri yg sah dia :) * sewaktu aku pulang ke kb utk tenangkan diri..waktu tu aku final exam time belajar di kuantan..bayangkan ! kami yg takde masalah lgsg tapi end up macam ni..sedih..tapi berterima kasih sebab dia jaga aku sebaik mungkin :)
dia ade masalah yg sgt besar sekitar bulan 12 tahun lalu sebab tunang dia nak putuskan pertunangan tu *kadang2 aku rasa manusia ni xreti nak bersyukur dengan apa yg ada kan*
dia berusaha cari aku..coll aku..sumpah kalau aku tau tu no dia, aku xangkat..tapi bile dia bersuara,aku hanya dengar tangisan dia, serius aku sama sama kongsikan air mata
dia kesal dgn apa yg dia buat utk aku..dan, dia da rasakan apa itu bumi itu bulat
dengan hantaran kawen yg khas dia cari dekat german *gile..kalo aku jd perempuan tu ! memang xnampak lelaki lain la weh* -
banyak lagi sebenarnya masalah yg dia tanggung, cuma yg ni paling besar..yg pasti aku cuma boleh tenangkan dan cuba bawak balik emosi yg stabil utk dia berfikir secara waras DAN ingatkan dia delete no aku..aku xnak wanita tu coll aku..maki aku..rayu aku jangan ganggu tunang dia walhal aku tak sedetik pun pernah cuba cari balik my super ex boyfriend..itu prinsip aku..xkan kacau org punya
aku jadi fesi and biasalah..akan handle freshie2 baru kan
dan dan
aku diberi 1 kumpulan yg mana aku xsanggup nak handle
sebab dalam ni ade sowang muke sebijik macam my super ex boyfriend
-dialah my MR EX BOYFRIEND-
hehe peningkan
okey - dengan dia, kami bermula dengan langsung tiada perasaan
mengaku terima dia sebab muke sama macam my super ex boyfriend
aku dia terima aku sebab muke aku cam CINTA DIA DULU
greaaaaaaaaaaaaat :)
sebab tu aku rasa, lelaki..memang dia bole mulakan satu perhubungan wpn dalam hati tak ade cinta
pastu mula la kalo tgk perempuan tu
perempuan ni mula la rambang mata *hehe*
sumpah..aku da kene dengan situasi ni
hasilnya? hub kami mampu bertahan 2 tahun je
sia sia kan..tapi aku aaaaaaamat berterima kasih sebab dia mengajar aku erti cinta sejati
DAN
dia amat menjaga tingkah laku
okey - walaupun luaran semua nampak MR EX BOYRIEND budak vespa
hu ha hu ha hu ha..muke pon ala ala sosial memanjang
tapi, aku sebagai seseorang yg pernah kongsi hati perasaan bersama dia
aku kagum..wpn luaran dia macam tu
tapi dalaman dia kukuh..cuma dia kene jaga je
ni sebab nak enjoy je keje :)
teringat sewaktu kelas agama dulu
amali dikehendaki hafal surah bapak panjangnya
dan yg paling aku xleh lupe solat jenazah
sebelum aku hafal di bilik ustaz pada malam tersebut
jumpe dia jap after dia solat maghrib kat surau *sempat lagi*
dan perdengarkan surah dan solat jenazah tu
tanpa tgk kertas pape, dia betulkan ayat2 aku
- waktu tu, terkesima -
dan dan
pabila dia ada presentation whatever presentation
dia akan jumpe aku dulu dan dia akan practise ngan aku
dan satu ketika dia pernah marah aku sebab aku xbuat sama macam dia
tskk..tu pun kene marah tapi aku bersyukur dia treat aku macam tu :)
dan paling aku xsangka walaupun dia more to vespa
tapi dia xtarik aku untuk terjebak dalam unsur2 kurang sihat
walaupun -ye - kami berkawan dengan golongan yg terjebak dengan bende2 tu
-sex bebas + ganja + main perempuan -
dia xsampai tahap tu
dan
pernah sekali waktu ade gathering, semua perempuan yg ade kat situ pakaian masya Allah semualah nampak
biasalah awek2 vespa dan mamat2 vespa * oh sampai skang aku still lagi terpikir macamana boleh terjebak ngan diorang tssk..cinta itu buta kan kan *
kecuali aku dan seorang lagi awek kepada kawan dia
hanya kami sahaja yg bertudung DAN baju lengan panjang :)
dan ade mamat ni berucap dan tunding jari dekat kami
-tengok cth : wpn couple ngan budak vespa sekalipun, xsemestinya aurat tu xtutup kan -
lagipun bdk2 group mr ex boyfriend bukan yg cikai2 pon..
ade blaja Uitm + UIA beb
dan suke tgk rambut si teeet yg buat drag lock ( aku penah pgg ! :) kenangan paling mahal bagi aku sebab xsemua org bole alaminya kan )
hei hei .. berterima kasih kepada mr ex boyfriend sebab dia alert bende2 ni dan xpernah sekalipun dia paksa aku bukak tudung sewaktu bersama dia * thank you *
selalu dia cakap - abang ada adik perempuan..abang xnak kalau abang ubah sayang jd perempuan yg xsenonoh, orang akan buat balik kat adik abang *nangis kot aku time tu * :)
DAN ! di waktu umur aku 23, aku mintak izin ngan mama utk berkahwin ngan dia ! gile kan :)
dan bile mana aku minta putuskan hubungan kami, dia menangis minta aku berikan peluang,serius aku cakap, aku da letih ngan semua tu..so, lelaki lelaki..please ALERT ! kalau your girl cakap dia da letih, da penat, maksudya memang dia betul2 penat..sumpah tak tipu
nak compare ngan MY SUPER EX BOYFRIEND, last2 tu je ade orang ketiga kan..dengan MR EX BOYFRIEND, aku da xtahu ade berapa orang da..bukan setakat ketiga,ke empat, kelima
oh .. aku kene terima di bandar tu, dia adalah dia.. famous..ramai perempuan nak..dan pada masa tu juga, dia keliru dengan diri dia sendiri..samada nak pertahankan hubungan dengan aku atau pilih wanita yg lain yg lebih sempurna dan cantik dan akhirnya - aku yg amek keputusan
dan buat aku sedih, sebab time tu dia baru betul2 sayang aku..tapi cinta tu xde..sebab kami bermula dengan kosong..langsung xde perasaan kan..
cuma aku yg da letih nak bertahan dan..kami putus :)
kata2 last dr dia buat aku menangis bersama dia
* xkan ade org yg tahan ngan abang sepertimana sayang ngan abang*
suda mencorak agenda yg mau dilaksanakan tahun depan
dan
kembali berfikir tentang kehidupan
yep
hidup
dengan secara serius
pabila sayangness dilla coll
dan kami berborak hampir 1 jam 15 minit
bercerita tentang kehidupan
dan yes
kami hampir berputus asa dengan apa yang kami miliki sekarang
mengakui buat masa sekarang aku selesa dengan keadaan macam ni
walaupun title 'in a relationship' itu tidak muncul dalam kamus hidup
sebab bagi aku
masa yg menentukan semua ni
tapi pikir secara positif
sedangkan umi aida pon bole bercinta selepas kawen kan (ecece)
aku redha dengan apa yg berlaku sekarang
dan
perbualan bersama dilla banyak membantu aku dalam membuat keputusan
i've also decided to just back off
memerlukan seseorang dalam hidup
aku akui
sekarang aku sudah rasakan dah tiba masanya aku pkir benda ni secara serius
tak tahu bile rasa ini muncul
tak tahu bile dengan tiba tiba aku rasa aku perlukan someone
yang betul betul bole terima aku dengan seadanya
yang mana kami tidak lagi diselubungi dengan kisah kisah silam kami
yang mana kami bole teruskan perjalanan kami dengan tenang
tanpa gangguan apa pun
rasa itu makin kuat
bile sayangness neni selamat melahirkan baby boy
serius
perasaan naluri seorang ibu terasa amat kuat dalam diri
^___________^
sampai bile kan aku mau gurau gurau ngan baby orang
uhuk uhuk
windu hannah la pulak
semalam sayangness subella bermalam dirumah ku
berborak sampai dalam kul 3 pagi
bell juga kurang bersetuju dengan kelakuan aku yg xtunjukkan perasaan ku yg sebenar
jika aku sukakan seseorang
teringat tentang seseorang
yang aku lepaskan dia dengan begitu jek
disebabkan aku tak peka dengan rasa itu
aku tak jaga rasa itu
akui
aku tak bole handle 2 perkara dalam 1 masa
cth tgk je lately nih
handphone langsung x tersentuh kekuncinya utk melihat message ke call ke
sampaikan ade a few of message dan miss call
almost from friends and my mom yg aku langsung xberkesempatan utk balas
kenapa jadi macam ni?
sebab aku terlalu risaukan final year project
cari bahan2
dan henpon bukan perkara yang penting pada masa tu
weekend je masa yang paling ditunggu
mau ssn balik nafas bia jadi normal
betul
mungkin ini satu alasan
tapi bagi aku
inilah cara aku bila mana aku sibuk dengan aku punya kerja
dan
kadang kadang aku ade terlepas sesuatu yang penting dalam hidup aku
aku xsalahkan dia yg mana dia suda berjaya menemui seseorang yg bole menyokong dia
:)
dia yang teratas dihati saya?
:)
anda still teratas
cuma buat masa sekarang
kite takut dengan rasa ini
rasa yang kosong
rasa yang tidak sama macam dulu
perasaan yang menggebu
yang excited utk tunggu hari esok
kite xtau adakah berbaloi dengan apa yang kite buat selama ni
apa yang kite tunggu selama ni
apa yang berlaku selama ni
kite bukan Siti Khadijah yang sempurna untuk Nabi Muhammad
kite bukan sesetia Siti Rahmah kepada Nabi Ayub
dan kite juga tak setabah Siti Sarah kepada kegusaran Nabi Ibrahim ketika harus menyembelih anak sendiri
cuma kite bole katakan
ini adalah yang terbaik yang kite bole lakukan
aku tak pasti adakah masih wujud lagi jalan ini utk hari esok