Nuffnang Ads

Tuesday, June 21, 2011

till the end of the world

This is the wisest thing I've read today.

Dia Berkata: "Langit sedih dan terlihat murung"
Aku Berkata: "Tersenyumlah! Biarlah kemurungan itu ada di langit!."

Dia Berkata: "Kesamaran telah merasuk!."
Aku Berkata: "Tersenyumlah! Dukacita tidak akan pernah kembali, sebab ia telah mati."

Dia Berkata: "Langit di angkasa telah menyatu dengan cinta yang berkobar dalam dadaku dan telah menjadi neraka Jahannam. Dia khianati janji setelah merenggut hatiku. Lantas bagaimana aku sanggup tersenyum?
Aku Berkata: "Tersenyumlah dan bersenanglah! Kalau kau tetap bersama kesedihan, akan kau habiskan seluruh umurmu dalam kepedihan!."

Dia Berkata: "Perniagaan mendekati kerugian seperti seorang musafir yang hampir mati kehausan atau seperti singa yang haus darah. Dia meludah darah setiap kali menjulurkan lidah."
Aku Berkata: " Tersenyumlah! Kau bukanlah penyebab kesembuhannya, kecuali bila kau mahu tersenyum. Apakah ketika orang lain berbuat dosa dan tidur dengan perasaan takut, engkau merasa bahawa engkaulah pendosa itu?"

Dia Berkata: "Musuh sedang berada di sekelilingku. Mereka berteriak menakutiku. Bukanlah aku telah tertawan dan apakah musuhku tidak melihatku?"
Aku Berkata: "Tersenyumlah! Cacian mereka tidak ditujukan untuk menuntutmu jika kau tidak lebih mulia dan agung daripada mereka."

Dia Berkata: "Musim telah jelas tanda-tandanya tergambar padaku di pakaian dan lukisan, sedang diriku mempunyai kewajipan terhadap kekasihku, namun tidak ada satu dirham pun di kedua telapak tanganku."
Aku Berkata: "Tersenyumlah! Bukankah kau masih hidup? Kau bukanlah termasuk orang yang tidak mempunyai kekasih."

Dia Berkata: "Malam-malamku berlalu dengan kepahitan."
Aku Berkata: "Tersenyumlah! Jika kau merasa pahit, semoga orang lain melihatmu sedang bersenandung. Lemparkan kedukaan jauh jauh dan tetaplah bersenandung.
Apakah dia akan melihatmu jika engkau bernyanyi dalam limpahan dirham atau kau merasa rugi jika engkau bernyanyi dengan hati berseri-seri?
Wahai sahabat, janganlah sampai kesedihan membuat mulutmu terdiam dan raut mukamu menampilkan kesedihan.
Tersenyumlah...!
Sungguh bintang-bintang pun tersenyum dan kegelapan akan saling berbenturan.
Oleh kerana itu, kita saling menyukai bintang-bintang."

Dia Berkata: "Keceriaan tidaklah akan membuat keadaan menjadi lebih baik. Ia datang ke dunia ini dan tetap pergi walau terpaksa."
Aku Berkata: "Tersenyumlah! Selagi hanya dikandung badan selama engkau masih hidup, sebab sudah lama engkau tidak tersenyum."

Iliya Abu Mahdi, La Tahzan, Page 65-67.
Kebahagiaan adalah seni yang dapat dipelajari ;)

baca di blog arni..sweet :)

Sunday, June 19, 2011

You Found Me


Lately nih, mencari bahan2 bacaan untuk santapan hati dan jiwa..bersyukur jugak terjumpa buku buku yang..hmm bole buat hati dan jiwa menjadi tenang..tak perlu ayat ayat bombastik..ayat ayat yang berbelit untuk sampaikan isi isi..cukup dengan ayat yang sempoi dan simple..serius aku memang akan cadangkan BELI BUKU ini..
kadang2, aku juga manusia biasa..yang tunduk dengan mainan syaitan..hasutan syaitan..syaitan memang jahat ! sebenarnya, dalam diri kite,xpernah setitik rasa pn untuk bermusuh dengan manusia kan..sebenarnya semua tu rancangan jahat dr syaiton..yang nak kite berpecah..nak kite bergaduh..nak kite curang..nak kite negatif..semoga kite dapat hindarkan diri kite dari semua rasa yg negatif tu..ayuh !

Monday, June 13, 2011

Rhythm Of Love

Jika Allah menyebut KUN FAYAKUN... maka jadilah..kite sebagai manusia walau macamana pun pasti redha dengan ketetapan Ilahi..


7 diamonds is really meant a lot to me..thanks B ! :)

Alhamdulillah..semua berjalan dengan lancar..unplanned project sebenarnya..waktu awal 2011, aku da mintak awal2 ngan mama nak postpone hari penting aku pada 2012..sebab, 2011, aku mau bebas..aku mau melancong..aku mau lakukan semua aktiviti yang aku nak buat..tapi kite sebagai manusia hanya pandai merancang kan..semuanya da ditetapkan..ditentukan..


 conversation betweeen me and him last week







kalau ramai yg terkejut dengan keputusan aku ni, aku sampai skang masih lagi tak percaya..serius tak percaya..kagum dengan kebesaran Allah..takjub dengan rezeki yang Allah kasi..tak sangka..sekelip mata bahagia datang..sebab tu, restu dari Tuhan dan ibu bapa itu penting..serius, apa yg jadi kami berdua tak pernah sedikit pun merancang..semua berjalan dengan lancar, tenang, dan harmoni..

dan, sebenarnya Allah dah tunjuk jalan yang lurus untuk aku di awal lagi..cume aku yang buta..aku yang leka..aku yang alpa dengan sign yang Dia berikan..tapi aku bersyukur, aku xamek masa yang lama utk sedar yang aku perluakn dia dalam hidup aku..dan bile keputusan aku ambil dan keputusan ni aku sampaikan pada mama, demi Allah, aku da tak ragu2 sebab Allah da berikan jawapan aku melalui perbuatan dan akhirnya hati..

paling aku xsangka, dia sudah mula sukakan aku waktu 1st conversation antara aku dan dia mengenai relationship aku dan dia..



waktu sebelum aku decided nak coll dia,dia ade coll mak dia dan suh tanya mama adakah aku masih berminat utk berkawan dengan rapat..sebab dia rasa aku macam xberminat je nak teruskan (sebab mungkin cara aku layan dia cam nak xnak je kot)..malam tu, aku coll dia utk berterus terang yg aku masih tak bersedia untuk ade apa2 ikatan istimewa..mungkin semua jawapan aku agak kedengaran macam alasan tapi dia terima semuanya dengan redha walaupun aku dengar, suara dia amat kecewa..serius..itu kali pertama kami borak dalam telefon sepanjang kami kawan..dan dia mention yg aku satu2nya perempuan yg boleh ajak dia berbual tentang benda berilmiah sampai 2 jam ^_^

then, lepas letak je telefon, aku agak dia da give up dan esok mesti da xde pape antara kami..tapi ajaib, dia still msg dan amek berat pasal aku..walau sesibuk manapun dia dengan pt (patient), sesibuk mana pun dia on call, sesibuk mana pun dia beriadah (dia suke main badminton ngan valley ball), msg dia tetap ade walaupun 1 msg dalam sehari..tapi serius, aku still xde perasaan untuk dia sebab waktu tu aku masih rapat dengan someone..langsung tak berniat untuk main2kan perasaan dia..tapi waktu tu, aku keliru dengan perasaan antara dia dan someone..dia jelas sukakan aku dan someone? aku xjelas dengan perasaan dia..still mintak petunjuk dari Allah..

yang paling penting dia pun suke sangat2 budak (aku ase dia yg lebih suke budak2 dr aku) <-- ini markah bonus kenapa aku suke dia hehe


sampai saat dia pergi melancong ngan kawan2 di langkawi, baru aku sedar, aku memang perlukan dia..walaupun waktu tu, still dalam hati aku aku xde perasaan istimewa untuk dia..dalam pada masa yg sama, mama bagi kata putus, kalau aku still kawan dengan someone, mama nak bagitau kat mak dia yg aku taknak teruskan hubungan ni..tapi, aku bagitau mama aku perlukan masa..sebenarnya, dr awal lg aku mmg xnak lepaskan dia..bukan sebab aku suke dia..serius tak !sebab aku sangat sayangkan keluarga dia..serius..berada dikalangan keluarga dia aku rasa macam aku dengan keluarga aku sendiri..maknanya mereka terima aku seadanya aku (insya Allah)aku je yang buta..yg masih tak nampak Allah da bagi jawapan yg aku mintak tapi aku butakan hati aku utk lihat dia..sepanjang dia di langkawi, aku pk mesti dia akan busy ngan kawan2 dan lupakan aku..tapi benda yg sebaliknya berlaku..dia makin rancak msg aku..update segala benda apa yg dia wat..serius hati aku agak terbuka waktu tu (sape xgembira kalau waktu dia busy yang amat tapi dia still xlupe kite)


Ku mohon, redhakanlah hubungan kami..kuatkan hati kami..kentalkan jiwa kami, tenangkanlah diri kami dalam menghadapi ujian yang akan datang..ujian dalam fasa tunang dan ujian dalam alam perkahwinan..perkahwinan itu adalah satu perjudian..yang bole menyelamatkan perkahwinan itu adalah diri kite sendiri..yakin yang Tuhan da tetapkan jalan ini..


buat awak H..saya baca blog awak..first thing i wanna said "i`m sorry" ..saya sedikitpun xterniat nak suprised kan awak dengan cara macam tu....nak buat awak down..cume dimasa2 yang tinggal untuk saya dan awak bersama ritu, saya da banyak bagi hint untuk awak..dan bilemana awak cakap "jom kahwin ngan saya" dan mesti awak ingatkan apa yg saya jawab..jawapan itu ikhlas dr hati saya..tapi sy tahu, awak mesti ingat saya guraukan..dan bilemana saya cakap mana tau jodoh saya datang esok,saya maksudkannya..xpelah..itu hal dulu..dan lagu THROUGH THE TREE tu memang sebijik pasal kisah kite..salahnya kite sebab xberterus terang..salahnya kite sebab xpeka dengan apa yang kite nak sebenarnya..salahnya kite sebab kite ego..

dan bila mana awak settle down kt kelantan dan xlama kemudian saya pulak balik keje kat kelantan, dan masing2 terkejut dan teruja bila tau kite sama2 settle down..matlamat yg sama..nak jaga family.. kite rapat balik lepas awak jauhkan diri dr sy bila sy bgtau ade org merisik saya tahun 2010..awak xyakin hub kite bole pegi jauh sbb master awak pn xabes lagi...encik sepet A da bekerjaya..awak sanggup lepaskan sy utk org yg lebih baik (walaupun saya dah ckp awak yg terbaik dr semuanya) .. Tuhan da tetapkan dia bukan jodoh saya..

saya yakin dengan awak..walaupun saya dan awak berjanji xnak ada hub sbg couple sbb xnak taruh harapan kan...xnak ada dosa dlm setiap langkah kita..awak ingatkan saya pasal agama..solat sy..aurat saya..selalu berdebat pasal agama..sbb awak sy berusaha membaca fakta2 sbb sy xnak awak je menang..kdg2 xde masa untuk saya sbb sy xtau awak bz sbb nak kumpul harta..sbb kite da set 2011 kite nak travel..nak enjoy..bg masa setahun untuk diri sendiri..sy redha..

dan sy xtipu dengan perjalanan cerita saya bersama bakal suami..demi Allah..berkawan dengan dia bermula xde pape perasaan langsung..tapi bila saya da mula istikarah,tunjukkan yg terbaik, Allah berikan jawapan yg sy inginkan..bagi saya perkahwinan bukan boleh dibawak main2..

sy nak mintak maaf dr hujung rambut hingga hujung kaki..buat awak nangis td..demi Allah sy xsangka pengakhiran kite mcm ni..dan sy xsangka kite bole menangis,..terkejut..xkan ada da aktiviti2 kesukaan yg kite bole lakukan sama2..sy da xbole dengar cerita pasal kerja2 photoghrapy awak da..kite da xbole makan kat tempat kegemaran da..awak ngn sy kan suke makan..da xde istilah food hunting da dlm kamus idup..dan bilemana awak tuka dp facebook awak dgn gamba yg paling saya suka dan tulis caption "there was the time when u need to take a big step, and it will change my life forever" dan post semua lagu2 kesukaan saya kat facebook, saya nangis hampir 3 jam disebabkan itu..saya da xbole patah balik ke masa silam..da xbole tarik kata2..sy da xboleh toleh ke belakang..saya kene melangkah ke hadapan juga..begitu dengan awak ok..janji !


tapi saya yakin, Tuhan telah sediakan seseorang yang lebih baik daripada saya..yang akan menjaga awak dengan lebih sempurna..please, janji dengan saya, awak xkan sakit lagi seperti ini..awak xkan jatuh lagi..awak akan berlari,awak akan positif seperti mana awak selalu nasihatkan saya sewaktu saya perlukan sokongan..saya tahu awak kuat...

maafkan saya..doakan saya seperti mana saya doakan awak dan WNA bahagia diwaktu 2009..redhakan saya seperti mana saya redha dengan kehilangan awak diwaktu 2009..kuatkan jiwa seperti mana saya lakukan diwaktu 2009 dahulu..awak bole H..awak boleh..

Wednesday, June 08, 2011

price tag

penyakit mengada ngada datang balik..biasalah perempuan kan ade mood swing swing sebelum bendera jepun datang..tak suka sebenarnya..time nih, bende kecik, bende remeh pun bole buat air mata mengalir sobs T_T ..sebenarnya, aku yang bersalah..sebab..aku ikut sangat syaiton dok menyucuk2 hati..soh pk bukan2..padehal takde pape pon ! cis syaiton !

syaiton ! rejam kau dengan batu naraka ! nyah kau dari sudut hatiku..berikan ruang untuk aku bermuhasabah dengan aman dan tenteram

(Tuhan, kuatkan hatiku..ku mohon..kuatkan)

selamat datang bendera jepun heeee

sorry, entry mengarut ..okey, dah! benti sensitif ! jom basuh kereta

okeybai ^______________________________^