Nuffnang Ads

Monday, September 19, 2011

Lighters

Alhamdulillah..setakat ni semua berjalan dengan lancar..hampir semua da buat..yg penat sket nak kemas rumah..tu penat..serius..waktu kunjung mengunjung ke rumah sana waktu raya ritu pn, kesian sgt tgk mak wat sorg2 sebab anak2 teruna semua xde kat rumah..balik 3 hari sebelum raya..akak lak sekolah..xleh nak balik sebab waktu tu dak2 nak UPSR..tapi, bak kata org tua..wat sket2 lama2 jadi bukit kan..walaupun da rasa sgt2 betul2 menyusahkan mama ayah,imi dan amni..lagi skali terima kasih sgt2 atas sokongan dorang..kalau xde dorang, memang aku rasa semua xjadi..thanks


sebulan je lagi..utk bersabar..untuk bertahan dengan ujian..dengan hasutan syaitan..dengan keadaan..serius kadang2 aku tak kuat..kadang2 aku ikutkan nafsu amarah..nafsu cemburu (yang ni paling kuat)..pernah gaduh besar dengan chenta gara2 aku tak percayakan dia..padahal benda tu xde pape pn..tapi sbb keadaan yang secara kebetulan yg buat aku syak yang bukan bukan..tapi Tuhan, terima kasih kerana berikan aku seseorang yang sabar dengan karenah aku..walaupun kemuncaknya dia sendiri hampir melenting..sebab tu pun punca daripada aku..aku desak dia bercakap haha..padahal dia tgh bad mood dengan sikap aku..ngok kan aku ni..tapi bile semua da reda..bila aku kembali jadi normal, kami settle down (alhamdulillah)


pernah..aku pernah akui ade satu ketika, satu perasaan yg suh aku putuskan ikatan ini..sungguh..padahal xde isu pun..atau insiden..atau kejadian yang boleh buatkan aku ambil keputusan..itu semua gara2 emosi..tetiba emosi rasa diri da tak disayangi seperti dulu..terasa diabaikan..terasa  diduakan..macam2 lah..nak2 kalau waktu datang bulan..selama 4 bulan ni, chenta terpaksa hadapi 4 kali situasi dimana aku akan berkelakuan pelik..moody..serius aku pun tak paham kenapa aku boleh jadi sesensitif macam ni..bersyukur dengan sikap sabar,memahami drpd chenta..berterima kasih sgt2 dengan adanya kesayangan yg sentiasa berdamping dengan aku..berikan kata2 semangat..kadang2 marah aku..sebab aku ikut sgt emosi tu..


kite..sebagai manusia biasa takkan lari dr lakukan kesilapan..kan..aku manusia biasa..chenta manusia biasa..xde manusia yang sempurna..dan sampai tahap ini, aku masih ase aku belum cukup sempurna untuk chenta..tapi  bile aku konon rasa rendah diri, mesti chenta balas " b pn ada banyak kelemahan, so apa yg baik syg, syg cover yg buruk b, apa yg buruk syg, b cover dengan kelebihan b" ..nah..dengan kata yg xseberapa tu pun boleh buat aku rasa tenang..sebenarnya, dalam satu perhubungan ni, kalau ada sikap tolak ansur ngan sabar, itu dah cukup memadai..da cukup.dan satu lagi, boleh terima pasangan seadanya..yg ni aku cari selama ni..selalunya, kalau ade selisih faham, chenta pn banyak jugak mengalah..

call free..apa yg free semua org suka kann..kira 2 dalam 1 pn bole..jimat!
 
satu hubungan ni, kite kene ingatkan diri sebenarnya..tak semestinya setiap hari akan berjalan dengan lancar..akan gembira sentiasa..akan call, message 24/7 ..ini masalah sebenarnya..kecik je sebenarnya masalah tu kan..tapi bila benda ni xdikawal, ia akan jadi sebesar2 isu...dan..bila aku lalui saat2 sebelum dan semasa ikatan ini, memang lain..alam sebelum ikatan ini ada, serius tak pernah nak gaduh ke..nak moody..selalu ketawa..gembira..senyum..tapi once bila masuk dalam ikatan, rasa itu memang akan lain..lain sgt2..dan disini, aku memang akui, semakin hampir kite ke alam yang lebih kepada memikul tanggungjawab, dalam diri kami sudah kurang rasa cinta tapi lebih kepada sayang dan bertanggungjawab..lain sebenarnya perasaan cinta dan sayang..benda ni memang selalu aku berdebat dengan chenta..dan firasat aku, aku lebih sukakan SAYANG daripada CINTA sebab rasa CINTA tu xkekal sebanrnya tapi SAYANG? , sampai sekarang aku masih  ada rasa itu..susah sbnrnya nak describe sebab benda ni subjektif :)


dan bilamana mama tanya xmenyesal dengan pilihan aku, aku katakan, ini rezeki dari ALlah..petunjuk dari Allah dan jodoh dari Allah..Dia yang mengetahui segala2nya..yang terbaik utk kita..yang elok untuk kite..yang sesuai utk kita...dan aku redha dengan semua yang bakal terjadi...dan aku terima baik buruk yang ada pada chenta..kahwin ini risiko..itu yang pasti..

Dan sekarang, dengan seboleh2nya aku mahu kekalkan silaturrahim..hubungan persahabtan dengan semua kesayangan, sahabat,kawan,teman..

apabila hubungan dengan manusia itu tercalar,secara tak langsung ia membawa satu titik gelap dalam pencarian..apabila hubungan silaturrahim ini mula gelap,kita akan banyak terpengaruh dengan emosi..emosi ini tanpa sedar adalah virus yg bahaya utk hubungan kita dengan Allah S.W.T kerana kita akan sering memikirkan manusia dr Allah S.W.T. (diambil dr mingguan wanita)

Andai ia sudah berlaku, kembali kepada Allah S.W.T dengan sebenar2nya kembali, bukan hanya jiwa tanpa raga atau raga tanpa jiwa kerana kedua saling melengkapi (Mingguan Wanita)

kemudian, jalinkan kembali hubungan silaturrahim kerana tanpanya ibadah mula pincang. Andai ada kemarahan, padamkan dengan cinta Allah, andai ada kebencian, hapuskan dengan nama Allah S.W.T.Kita xmampu menghilangkan kemarahan dan kebencian tanpa pertolongan dengan Allah S.W.T.Cuma mungkin kita malas utk berdoa agar silaturrahim kita dirahmati Allah S.W.T dan kemarahan serta kebencian menjadi kasih sayang (mingguan Wanita)

aku seorang yang ego..tapi, bile aku turunkan ego aku, itu menandakan aku cuba lupakan apa yg dah berlaku..walaupun bukan senang untuk aku laksanakan..tak kira itu salah kamu atau salah aku..maknanya, aku mengalah..mengalah bukan tanda kita kalah..mengalah bukan tanda kita salah..mengalah sebab aku nak kekalkan silaturrahim itu sendiri..tapi, bila salam silaturrahim itu disambut dingin, atau langsung xde balasan, aku faham..aku takkan paksa hubungan tu kembali seperti dulu..takde sekelumit niat lain pn dlam hati aku..aku sayangkan persahabtan itu..cuma itu..cukup setakat ini shj..xkan ada khabar yg ditanya..xkan ada khabar yg dihulur..takkan ada sebarang medium perantaraan..itu jalan yang terbaik..


ingatlah , "tidak masuk syurga org yang memutuskan hubungan silaturrahim" (riwayat Muslim)