Nuffnang Ads

Sunday, February 13, 2011

last farewell

arini pegi kelas..pastu cepat cepat keluar kelas sebab ade date dengan seseorang..dia jugak salah seorang kesayangan dalam hidup aku..yang TAK PERNAH GAGAL ade dengan aku waktu aku sedih..waktu aku gembira..waktu aku keseorangan DAN penenang aku diwaktu aku sedih sebab kene tipu dengan ex..


dia? selain kakak, dia lah salah seorang yang aku dapat terima kritikan..walaupun kritikan dia kadang2 buat mood aku down..mood aku jadi takde mood hehe..tapi, serius, aku jarang nak kecik hati..walaupun ade la kadang2 waktu mood aku kurang baik, sensitif, tapi aku tak pernah gaduh dengan dia..dia roomate aku


aku ingat lagi, pada malam kejadian, waktu ex aku berterus terang yang dia nak kembali kepada ex dia, aku dok nun di hujung blok, nangis sorang sorang.. tak lama aku nangis sorang sorang sebab tetiba ade sepasang tangan tepuk tepuk bahu aku, usap usap ubun ubun aku tanpa berkata walau sepatah pun ayat.. dan telah buat aku lagi terisak menangis..


dia, yang tak pernah sekalipun jadi batu api dalam hubungan antara aku dengan ex aku walaupun dia benci dengan segala perbuatan lelaki tersebut, tapi dia tetap bersama aku walaupun waktu tu aku dalam keadaan sedih..muliakan :)


satu peristiwa yang bagi aku, teramat lucu..time tu, aku baru balik dari kelas..masuk je dalam bilik tengok dia baring dalam bilik..tak pernah sepanjang sebilik dengan dia, dia tidur petang..bile dia dengar aku balik dari kelas, terus dia tarik bantal, sembunyikan wajah dia..lamaa lepas tu, dia bangun dan aku tengok hidung dia merah..rupe2nya dia menangis sebab time dia kemas bilik kami, dia tolong simpankan wallet aku dalam closet sebab aku tertinggal.. pastu dia tak sengaja bukak wallet dan tengok takde satu sen pun dalam wallet aku..tetiba dia jadi sedih..walhal, memang aku kehabisan duit waktu tu dan petang tu, aku akan keluar bandar utk withdraw duit..bile dia cite dekat aku, terus kami gelak sampai sakit perut.. ^_^ .. sweet sangat time tu..


dan, aku janji, dia, dilla, wanie, neni, subella dan beberapa kesayangan aku yang pernah ade dengan aku, aku takkan sesekali lepaskan mereka dari hidup aku..sebab aku betul2 sayangkan MEREKA !


with love



aku arm dan dia eim
pernah waktu orentasi, kami sama2 jadi fesi
freshie mati2 ingat kami ni kembar

love u kak eim <3

No comments:

Loading...