Nuffnang Ads

Wednesday, February 16, 2011

Contest "Owh, So Wonderful!" by Sophie Al-Yahya



As salam semua..tadi blog walking blog sophie..ade satu contest yang amat comel..First time nih saya join untuk contest yang dianjurkan oleh blogger..terlambat sket untuk menyertai contest ni sebab my lappy kene virus, so kalau nak online terpaksa tunggu kakak da abes wat thesis dia..tapi selalunya dia akan gune sampai kul 3-4 pagi..so, masa tu saya sudah zzzz..kikikiki..tapi, belum terlambat lagi kan? contest ni tutup secara rasminya 20hb, so, saya ade masa lagi untuk sertainya..



tengok pada peserta yang menyertai contest ni, wow, ramainya..tapi bagi saya, nak join contest ni bukan semata mata nak dapatkan hadiah ganjaran semua..semua peserta diberi peluang untuk meluahkan apa sahaja berdasarkan gambar yang telah di paparkan..jadi, contest ni menarik dan mungkin boleh mengeratkan ukhuwah dan silaturrahim para blogger..tak gitu ^_______^..okey, jom check apa syarat2nya dan kalau ade yang nak usha2 entry para peserta, jom klik kat sophie punya blog .. cume, jangan copy da ehh eheheh (jangan marah)


Syarat-syarat contest:
1. Tak wajib jadi follower. Tetapi saya tidak akan bertanggungjawab jika anda ketinggalan sebarang update contest ini.

2. Mestilah seorang blogger. Kalau menetap di luar negara pun boleh.

3. Letakkan banner contest yang dilinkan terus ke entri ini di sidebar dan entri anda sepanjang contest ini berlangsung

4.Tajuk entri anda haruslah :

Contest "Owh, So Wonderful!" by Sophie Al-Yahya

5. Tag 3 orang rakan blogger anda dan pastikan mereka tahu.

Cara penyertaan:

1. Letakkan satu gambar "owh, so wonderful" anda pada entry contest. Gambar bebas. Apa-apa ajelah yang berkaitan dengan number 2 di bawah.

2. Ceritakan pengalaman /moment anda yang wonderful yang haruslah berkaitan dengan gambar yang anda letakkan. Tak semestinya kena tulis panjang-panjang. Paling pendek satu perenggan. Paling panjang, bebas. Cerita lah pasal apaaaaa saja-keluarga, persahabatan, binatang peliharaan, percintaan etc.

3. Jika anda blogger anonymous, anda bebas meletakkan apa-apa gambar dari internet tetapi mestilah relate dan berkesan dengan cerita wonderful anda.

4. Jika pengalaman/moment anda yang wonderful itu tiada gambar, anda juga boleh buat seperti number 3.

5. Hanya entri berbahasa Melayu dan Inggeris sahaja diterima.


so, jeng jeng jeng ~~~~



alhamdulillah, Tuhan izinkan saya menjadi tetamu rumahNya buat kali kedua..kali pertama pada tahun 1999..waktu tu tak berapa matang,dan mungkin hati saya tak lagi terbuka dan tersentuh apabila diberi peluang ke sana dan saya tak berapa menghayati dan mengambil seluruh peluang yang saya dapat pada ketika itu..dan, apabila saya diberi peluang kedua pada tahun 2009, saya menggunakan sepenuh peluang yang Dia berikan untuk beribadah sedaya mungkin dan tidak sia siakan segala penat lelah ayah dan bonda yang mengumpul duit untuk bawa kami adik beradik ke tempat suci ini lagi..terima kasih Tuhan..


terlalu banyak pengalaman yang saya tempuhi sepanjang berada disana..alhamdulillah, ujian takde lah seteruk yang diceritakan di dalam majalah mastika..sewaktu menjejaki ke tanah suci Makkah, ade jugak terselit rasa takut sebab saya pun bukan seorang hambaNya yang taat dan baik..tapi saya redha, berserah segala galanya kepada Yang Maha Esa..dan alhamdulillah, Dia permudahkan segala urusan dan ibadah sepanjang disana..


saya rasa amat bersyukur sebab diberi peluang yang mungkin jarang orang dapat..dan, jika diizinkan lagi oleh Allah S.W.T, saya ingin jejaki kota suci Makkah dan Madinah lagi..sebab, perasaan bile mana kite melihat kaabah didepan mata kita sendiri dan solat di makan Nabi Muhammad S.A.W, kita takkan dapat  gambarkan macamana rasa perasaan itu..rasa perasaan yang sayu..perasaan kagum..dan yang paling kita boleh rasa adalah..perasaan rendah diri kite sebagai hambaNya..semoga dihari hari yang mendatang, saya boleh ubah diri menjadi yang lebih baik dari hari semalam


 Jadi dengan perasaan penuh kasih sayang, saya tag mereka di bawah yang saya suke baca blog mereka. Terima kasih. ^____________^ <3




                                                                              Fieza

10 comments:

Dilla Hamid said...

kaaaakkk am! i've been tagged by you? hahaha. rajin betul laaaa kak am ni :))

cik sepet said...

ekekekeke..kalau dilla ade masa, tak bizi, jomlah masuk..^_^..ni pun baru bole masuk contest neh sebab laptop kakak tinggal dalam bilik..kalau taaaaaaakkk..melanggut saya tengok siling..xtau nak watpe

Sophie Al-Yahya said...

hye ina..
wonderful. noted. Thanks for joining and good luck.. =)

cik sepet said...

hai sophie..thank you..^_^ .. seronok bole join skali contest nih

s b 1 8 9 1 1 9 said...

hehehe...sy kena tag gak ek...kena masuk ke ni...?hehehe

cik sepet said...

heheehe..meh la masuk..best masuk..kalau awak xbizi la riki :)

s b 1 8 9 1 1 9 said...

hehe..nak masuk cmne ni..?nak register nama kat blog tu pun xleh lg..

s b 1 8 9 1 1 9 said...

hehe...nak masuk cmne..?nak register kat blog tu pun xleh lg..

cik sepet said...

riki....sob sob..contest da tamat..tamat semalamm...:(

xpe..nanti ade contest agi, saya tag kat awak key :)

s b 1 8 9 1 1 9 said...

alahai..hehe...

xpe2...lain kali plak