Nuffnang Ads

Tuesday, June 08, 2010

Nothin' On You

celik mate je terasa nyaman
oh yeah ! memang dirumah
cam heaven 
nak nak ayah da gantikan air - cond tu (heh, nak mention jugak !)
so, paham paham la suhu dalam bilik
memang tak keluar bilik


facebook account tak bole bukak
dalam lebih seminggu tak berkesempatan nak bukak
tak tau kene hack atau lupe password
oh ! takkan sebab password dr dlu lagi hanya password tu je yg diguna
walaupun intenet umah che gie selaju kilat
banyak gile keje yg nak buat
okey tipu
malas je nak bukak sebab banyak lagi bende yg penting 
dr dok hadap je komputer
sebab tu tak bukak
balik balik gni pulak yg jadinya
tu pun lepas bell and neni message tanya kenapa aku xde dalam friendlist dorang
ingat kan da delete
:(
tak delete lagi
AKAN delete
tgk2 da jadi gini
uhuk uhuk


keje kawen da selesai
ingat nak upload gamba anak sepupu tu
sebab ade mak mak and ayah sepupu tak dapat balik
so, nak la anas, kak yana, sarah and abe mie tgk
so far semua berjalan dengan lancar..
cantik :)
pelamin putih - merah
DAN yg paling meriah sebab nenda kami
a.k.a MOYANG kepada anak sepupu kami nak gi jugak
walaupun dia da xlarat tapi dia gagahkan diri jugak
sebab tanak ketinggalan tgk cicit dia kawen :)


hidup ni macam main catur kan
pandai kite main, selamat la kite
kalo tak .. :)
lepas dr majlis kawen
berborak sama cuz - kakak
da lama xborak sebab dia keje
aku belajar
jumpe time ade occassion saja


borak pasal jodoh ^_^
tahun depan dia 26
aku tambah la 1 tahun dr dia
tapi kami sama nasib
still xjumpe yg terbaik utk dijadikan seorang pemimpin dalam hidup kami
dia sendiri cakap
dia tak harapkan kesempurnaan dalam diri pasangan
cukuplah dia seorang yang BOLEH pimpin sesebuah keluarga
dan BOLEH hidup susah senang
terima baik buruk diri

cakap pasal keluarga
berita semasa sepupu sepupu kami
update apa yang tertinggal
share apa masalah yg timbul
DAN buat aku dan kakak besyukur
ingat diri kami yg punya masalah
TAPI ade lagi sepupu kami yg menanggung MASALAH
malah lagi berat utk ditanggung
:(
takpe
kami akan saling sokong menyokong antara kami
siapa lagi nak kasi semangat kalau tak kami kami ni 
insya Allah
susah senang akan bersama
umpama adik beradik



12hb ni majlis bertukar jadi majlis doa selamat dan tahlil
sama tarikh dengan my jaiho - wanie tunang :(
amat rasa bersalah
sebab sebelum ni family tak decide nak gantikan majlis tu
so, aku excited nak pegi kuantan
bilemana satu family bermuafakat mau menolong untuk majlis ini
aku tetiba terkedu
antara keluarga dan kawan baik
dua dua amat penting dalam hidup
keluarga bagi kekuatan untuk hidup
DAN 
kawan baik dan WANIE khasnya yg BEGITU banyak memberi semangat utk aku selama ni
buat aku menangis didepan mama aku
cuma hanya mama mampu tenangkan aku hanyalah dengan kata kata azimat dia

**nanti, coll wanie and terangkan kenapa ina tak boleh pegi..mama bukan tak kasi cuma bagi mama, family lebih penting DAN bile semua family berkumpul dan beri semangat, dia mesti terharu dan bina balik kekuatan yang da hilang tu..hanya keluarga saja yg bole buat semua ni**

so sorry
betulla org cakap
kite xdapat puaskan semua hati org
DAN
kadang kadang apabila kite berjanji tapi TAK dapat ditunaikan
bukan kehendak hati yg mau semua ni berlaku
aku da coll wanie
DAN sejuta terima kasih utk wanie sebab dia memahami
ingat nak tebus dulu neni tunang pun aku xdapat pegi
harap harap nanti bile wanie kawen
aku akan pegi 
insya Allah



cane nak panggil dia sebab dia bukan yg teratas dihati lagi
^_____^
waktu dimajlis TERLALU terkejut lihat dia ada sama
rerupanya bonda ayanhanda dia kawan kepada ayah and ibu kepada pengantin
terlalu lama rasanya tak lihat dia 
nampak maikin mude sebab aku xpernah tgk dia sebegitu kemas :)
rambut da xpanjang daa..
da xde jambang misai bagai da..
last jumpe ritu dalam awal bulan 2
dia bersiap siap mau kumpulkan material utk sambung PHD
so, kene la travel sana sini utk cari bahan
sebab utama ini la aku undurkan diri
terasa diri tak sepadan 
walaupun dia sendiri cakap semua ni boleh berubah
aku pun nak abes da 
tunggu sambung master ATAU kerja
cuma masalah dia still ade 4 tahun untuk completekan semuanya
takkan aku nak kawen umur 30 kan
dia xpe wpn waktu dia abes, umur da 32 
yang bezakan antara aku dan dia
aku adalah PEREMPUAN
dan dia adalah LELAKi
xpelah..kalau jodoh ade
dia tetap utk aku kan :)



perancangan masa depan
aku akan sambung lagi
selagi mental dan fizikal masih lagi kuat
DAN Allah s.w.t masih lagi bagi ruang untuk diri
mau kejar title professor seperti mana dia yang mau mengejar IR dia :)
DAN !
mabul mungkin jadi utk tahun depan
yesss !!
so, gunung kinabalu tarik ke depan sket..bulan 12 tahun ni
so, sem depan memang aku da takleh memain daa



d90 kene tinggal kat rumah da
sem depan NO PHOTOGHRAPHY !
aku kene fokus !
utk pastikan semua impian dan kehendak tercapai :)
da la aku LAMBAT SKET nak sedar utk majukan diri
so skang la peluang aku tebus balik masa yang aku sia siakan dulu
BJ @ nauflan AKAN dijual insya Allah
da ade org nak beli
ingat nak sedekah kat kakak and adik je
tapi tu la nasib badan sebab dorang TAK minat dengan photoghraphy 
:p

so, sem depan utk fnal year dan project tu
tahun depan fokus master + keje DAN paling penting KAWEN
insya Allah

^_______________________^'

2 comments:

skeleton.in.a.closet said...

kak am, jgn risau. jodoh tu keje Allah. one second kita bole ckap tak but another second the impossible cud be change to possible. Allah Maha Besar. dan hati kita ni Dia yang pegang. yang penting kak am da usaha. so tawakal je la lepas ni eh. may Allah bless =)

a.r.m~ s.t.r.o.n.g said...

insya Allah dilla..
td kene interview dengan makcik makcik..mereka tanya kenapa saya tolak pinangan tempoh hari..nasib baik ade sorang makcik saya paham sebab saya da luahkan semua kat dia..da hati tertutup wpn macamana saya cuba sedaya upaya nak kenal..tapi hati tanak terima..tu tandanya jodoh saya xsampai lagi..

DAN

saya yakin dengan kata kata awak..jodoh tu keje Tuhan..da selama ni kite cari tapi xjumpe lagi..saya redha..maybe dorang bukan milik saya..

thanks dilla :)

Loading...