Nuffnang Ads

Saturday, August 20, 2011

DAN

bile kesayangan dilla tegur aku da lama xupdate blog, baru aku sedar diri rupanya aku da tinggalkan rutin aku dulu2..mengupdate blog..thanks dilla..^______^ ..banyak sebenarnya aku nak tulis tapi itulah..ayat salu nak cliche..kan kan kan..konon busy tapi sbnrnya pemalas tahap alien.. salunya,serius aku online guna hp sebab aku malas nak masuk bilik, bukak laptop, tunggu window terpampang..kan, aku da cakap, zat M tu da beranak pinak da..



tapi kan, makin lama aku hidup, makin banyak dapat lihat ragam manusia..kadang2, buat diri aku rasa lemah, rasa negatif (well, memang kdg2 kalau perasaan negatif aku datang, ia memang akan ubah perangai aku..makin buruk lak aku nampah hmm =.=) ..ntah la..aku pun xtau apa nak jadi..betul jugak kata org tua, kalau sekeliling kite ade cas ion negatif tu, automatik akan kena kat kite kan..nauzubillah..mintak dijauhi perkara2 negatif tu


DAN.. lately ni jugak aku banyak dapat berita sedih, sakit hati, sayu, marah, sangsi, kecewa..bercampur aduk dan itu menunjukkan ia TERSANGAT tak baik utk rohani dan jiwa..DAN selalu bermohon, bermonolog sama Tuhan agar aku dan org terdekat aku dijauhi dr segala dugaan yg MUNGKIN kalau kena dekat kite, akan jatuh dan xdpt bangun..


berita gembira yg aku dpt dr one of my friend pasal dia punya pregnancy bertukar jd sedih sebab selama dia carry fetus dalam masa 10 minggu tetiba dia kene gugur fetus itu sebab jika dia still carry, ia akan membahayakan nyawa dia dan kalau still keraskan hati jugak nak teruskan, kemungkinan anak yg dilahirkan akan down syndrome (nauzubillah) ..teman, harap sgt kamu tabah..betul kata kamu, positive side yg 50% itu adalah jika anak itu lahir, akan ada masalah yg baru akan timbul dan ini akan membahayan nyawa kamu sendiri..tabah teman..bersangka baik dengan apa yang Tuhan da tetapkan..yang pergi,Dia akan gantikan dengan yang lebih baik..insya Allah..aku selalu doakan yang terbaik utk mu teman..


cerita yg dah basi pasal jejari runcing itu..tapi benda ni still mengganggu hidup..actually tak de pape pun sebenarnya..cuma aku sebagai seorang perempuan, yang pernah kongsi rasa macamana orang yang tersayang dirampas oleh pihak lain (tapi, bagi pendapat aku,kalau tangan tu bertepuk sebelah shj,xkannya nak bunyi kan), aku terlalu mengikut emosi (maafkan aku dengan keadaan bendera merah itu lagi skali) ..lately ni aku kembali cengeng.. mudah untuk menangis wpn benda tu xde pun masalah..dan kdg2 kembali xceria..itu semua dugaan dalam ikatan..syaitan akan hasut selagi mampu (mmg xkan penat) utk meruntuhkan ikatan pra perkahwinan..dan alhamdulillah, setakat ini walaupun kdg2 aku terlepas laku (maksud aku tetiba nak emo,sedih2), si dia masih mampu mengawal keadaan..aku harap keadaan ini akan sama dalam perjalanan hidup kami..sentiasa aku doakan yang terbaik..cuma, buat masa sekarang, aku persiapkan diri dengan perkataan REDHA jika Tuhan mahu berikan ujian untuk kami sebelum melangkah ke arah alam yang penuh tanggungjawab,cabaran,dugaan dan segala masalah....walaupun hakikat, mungkin aku xmampu nak bawak tapi kite sebagai manusia yang hina, perlu ingat qada dan qadar yg Allah dah tetapkan..kun fayakun..insya Allah aku akan kuatkan hati aku..insya Allah..


kadang2 kan, bile sesuatu tu terjadi dalam hidup kite, pernahkah kite terpk mungkin dulu2 aku buat perkara ni dan benda tu jadi balik kat kite..senang cite what you give you get back lah..pernah..aku pernah terpk mungkin aku ada kacau hubungan org walhal pada pandangan aku x tp memang kot..berbelit kan..tu contoh je aku bagi (nauzubillah,aku tanak da rasa apa yg aku rasa 5 tahun lepas) ..5 tahun lepas,betapa bodohnya aku terima cadangan dan setuju dia balik pada ex dia dan aku still in a relationship ngan dia..senang cite macam dia ada 2 girlfriend la..bila pk balik, oooooooo bodohnya aku haha ! nak share..padahal kau da clash apahal nak balik ngan ex tapi still tanak lepaskan aku (oh sorryyyyyy,aku terungkit balik benda ni..aku da tak dendam okey) <-- sile baca sampai habis dan baca dalam keadaan tenang ye..sebab lately ni aku berkongsi rasa dengan kak eim (dan dia memang ada semasa aku dalam situasi bodoh tu) , aku tertarik dengan apa yg suami dia cakap pasal kawan dia yang nak berpoligami sebab still tak bole lupakan ex girlfriend..sedangkan diri sendiri pun TAK MAMPU nak sara..aku lebih kesiankan bini dia skang..dan ex girlfriend, harap kamu sedar kalau pun dia tu ex kamu sekalipun, kamu kena sedar dia da ada ikatan yg sah..bini dia? xbersalah..tu semua disebabkan KENANGAN..hanya kenangan lama, kau nak rosakkan satu ikatan yang, mungkin kau dah dapat yang terbaik dalam hidup kan..bunga tapi kau still nak tgk pada kaca..bole pulak aku emo nangis sbb dgr cite ni..cuba kite letakkan situasi dalam diri sang isteri ( sorry, entry nih mmg agak negatif tapi ini hakikat hidup)



aku penah cakap-dr-hati-ke-hati dengan sidia tentang ini dan nampak dia tak suka tapi aku kan jenis degil,borak jugak pasal ni..kalau someday, dia ada org yg dia suka, aku lebih suka dia terus terang dengan aku..jangan sembunyi..ni tak, kalau dah ade org lain, kite pn dialayan tak layan,bile mata pandang kite TAPI dengan pandangan mata kosong, tetiba setiap hari bole je borak 2-3 jam,coll 10x sehari ade je benda nak borak tetiba borak macam saya xkenal kamu,kamu xkenal saya (oh, emosi datang lagi sebab benda ni aku pernah rasa hihi..sorry sorry)..kalau dengan cara terus terang,aku boleh siapkan diri aku utk lagi tabah,jiwa kental dan solution2 yg padu utk masalah ini..DAN yang pasti, aku xmampu untuk berkongsi..memang,akan dapat payung emas di syurga..memang, kalau dr segi material mampu utk semua ini tapi aku xkuat dr segi mental dan emosi..aku, lebih sanggup mengalah..sebab jika sang lelaki sudah beralih arah (cinta), dia takkan ingat susah senang bersama dulu..maaf..aku mmg macam tu..aku xsanggup utk jatuh dan aku xtau aku BOLEH ke tak nak bangkit kembali..oh, Tuhan, ampunkan aku..Kau akan sentiasa bersama hambaMu yg hina..insya Allah, aku boleh bangkit kembali dengan peredaran masa..



sebab tu, aku suka guna perkataan LIFE INIH PENUH MISTERI TAPI WARNA WARNI untuk label aku..mmg misteri..hari ini kite gembira, esok marah, lusa kecewa, tulat kembali gembira,ketawa..sbb tu,hidup ni boleh diibaratkan sebagai pelangi kan..setiap warna itu punya jalan cerita yg tersendiri..sampai sekarang, aku masih suka merenung awan..aku mahukan hati aku putih seputih awan..suka lihat lautan yang luas..itu menandakan kebesaran Tuhan..kalau boleh kite buat, cuba kau campakkan semua masalah ke dalam laut..adakah laut akan jadi cetek?akan jadi sesak dengan semua masalah manusia dalam dunia? xkan..maknanya, jika ada masalah, muhasabah diri, akan ada jalan penyelesaian nya walaupun pahit macamana pn masalah tersebut..dan, aku suka melihat anak2 kecil..manusia yang xde dosa dan noda..tenang, gembira, tawa, senyuman, lirikan mata dan pipi yg gebu..memberikan perasaan yang amat tenang dalam diri..



dan, ramadhan kali ini, aku sayu..terlalu sayu..biarlah..aku tau, Allah da aturkan semua ni dengan sempurna sekali dan khilaf aku, kdg2 aku xbersangka baik dengan apa yang dah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku..itu menunjukkan aku masih lagi xkuat utk menepis nafsu dan godaan syaiton (Tuhan)

No comments:

Loading...