Nuffnang Ads

Wednesday, May 27, 2009

:) YANG LALU, BIARLAH BERLALU (:

mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih diatas kedukaan dan kegagalan didalamnya merupakan satu tindakan yang bodoh dan gila. Itu sama ertinya dengan membunuh semangat, membunuh harapan dan menghalangi orang untuk menjalani kehidupan yang seadanya..


Bagi orang yang berfikir, peristiwa masa lalu akan dilipat dan tidak akan dilihat kembali. Kita harus mengurung dan melupakannya dipenjara, mengikatnya dengan tali yang sangat kuat agar tidak dapat keluar dan melihat cahaya. Kerana bagaimanapun, pelbagai peristiwa tersebut hanya sebahagian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir...


Dengan demikian, tidak akan ada lagi kesedihan, kedukaan dan kegagalan lain. Semuanya tidak akan dapat berulang dan hidup kembali, kerana ianya memang sudah tiada...


Janganlah anda hidup didalam mimpi - mimpi buruk dimasa lalu, atau dibawah bayang2 kesedihan masa lalu. Angkatlah diri anda dari fantasi tersebut! Apakah anda menginginkan betapa musibah dan pengorbanan tersebut berulang2 kali? Apakah anda mengharapkan matahari kembali ketempat asalnya,bayi ke perut ibunya, air susu kembali ke payudaranya si ibu dan air mata kedalam kelopak mata, padahal smuanya hanya akan mengalirkan kembali air mata anda?


Dengan kembali ke masa lalu, beerti anda akan berasa kembali keresahan. Masa lalu xubahnya api yang akan terus membakar dan melemparkan diri ke masa lalu dan hal tersebut merupakan keadaan yang sangat menyedihkan, sekaligus menakutkan..


Membuka kembali lembaran masa lalu hanya akan merosakkan suasana yang ada dan mensia2kan perjuangan yang selama ini sudah dilakukan. Allah S.W.T telah mengingatkan kite dengan umat pada masa yang lalu serta apa yang telah mereka perbuat :

" Itulah umat tang telah lalu..." (Al- Baqarah : 134 )


Semuanya telah berlalu dan tidak akan berulang kembali. Dan tidak ada manfaatnya memutar roda sejarah sekadar untuk melukiskan bencana pada zaman itu...


Orang yang berusaha kembali ke masa lalu, adalah tidak ubahnya seperti orang yang menggiling tepung, padahal dirinya sendiri tergiling didalamnya. Ada ungkapan nenek - moyang kita dahulu yang patut direnungkan oleh orang yang menangisi masa lalu : " Janganlah kalian mengeluarkan mayat2 dari kuburnya".


Dalam sebuah riwayat diceritakan, bahawa terdapat segolongan orang yang mengerti bahasa binatang. Orang2 tersebut bertanya kepada keldai : " Mengapa engkau tidak mahu merenung apa yang telah berlalu?" . Keldai itu menjawab :" Kerana aku tidak suka kebohongan"


Bencana dapat menimpa bila kita lemah menghadapi masa kini dan menyibukkan diri dengan masa lalu. Kita mensia2kan keindahan istana yang kita miliki dan mempertaruhkan semuanya demi sebuah penampilan masa lalu yang telah usang. Padahal, seandainya seluruh manusia dan jin bersatu untuk mengembalikan semua hal yang telah berlalu, nescaya mereka tidak akan mampu melakukannya, kerana pada dasarnya semuanya itu mustahil...


Manusia sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajahnya ke belakang, kerana angin akan terus berhembus ke depan, air akan mengalir ke depan, setiap kafilah akan berjalan ke depan. Oleh kerana itu, janganlah menyalahi sunnah kehidupan..



DONT BE SAD
JANGAN BERSEDIH
setelah kesulitan pasti ada kemudahan

:)

.....SEKIAN....

No comments: